Sunday, 21 February 2016

TESTIMONI TURUN BERAT BADAN DENGAN KRIM TERAPI HORMON FIRMAX 3









PENGALAMAN MILIKI PRODUK KECANTIKAN SENDIRI

BERI KELEBIHAN RODIAH PASARKAN PRODUK RF3




TEKS: NAIZATUL KHAIRIAH AHMAD



BUKAN mudah untuk seseorang pengusaha bisnes kecantikan menerima produk baharu disebabkan telah memiliki barisan produk kecantikan pelbagai jenama sedia ada yang dijual di spa masing-masing.



Begitu juga dengan pengusaha bisnes kecantikan yang memiliki produk jenamanya sendiri di samping mempunyai jumlah pengedar produknya yang ramai, sudah pasti tidak akan menerima sebarang produk lain apatah lagi untuk memasarkannya jauh sekali.



Namun berlainan pula bagi Rodiah Tok Kechil, 45, yang memiliki produk kecantikan jenamanya sendiri dilihat bersikap terbuka (open-minded) terhadap produk kecantikan yang baru muncul di pasaran.



Pengarah Urusan merangkap pengasas produk jenama sendiri, RIAS KOSMETIK, yang mesra dipanggil sebagai Kak Rodi memberitahu, beliau tidak mempunyai masalah untuk memasarkan produk jenama pengusaha lain asalkan produk itu berkualiti dan berkesan sungguhpun tidak banyak diiklankan di media-media cetak mahupun media elektronik.



“Sesetengah pengusaha yang sudah ada produk kecantikan sama ada produk jenama sendiri ataupun jenama orang lain yang dijual di salon-salon ataupun spa, dia tidak akan campur dengan produk lain disebabkan sudah fanatik dengan sesuatu produk,” jelas Kak Rodi ketika ditemui di kedai salun kecantikannya, Lot 02-22, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor.



Nama Kak Rodi memang tidak asing lagi dalam industri kecantikan ekoran produk sendiri jenama RIAS dikenali di pasaran di samping cerita beliau mengusahakan perniagaan di bidang kecantikan sering tersiar banyak kali di dada akhbar dan majalah.



Dunia kecantikan sudah begitu sinonim dengan diri Kak Rodiah. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi beliau suka dengan kecantikan. Beliau pernah bekerja di kilang serta salon kecantikan di samping melakukan rawatan kecantikan dari rumah ke rumah sebelum menubuhkan perniagaan kecantikan jenamanya sendiri pada tahun 2010.



Pengalaman bersandarkan kemahiran yang dimiliki selama 24 tahun dalam bidang perkhidmatan salun kecantikan sebenarnya telah memberi kelebihan pada kak Rodi untuk memasarkan produk RF3 World.



Dicungkil rahsia bagaimana boleh terlibat dengan RF3 World, Kak Rodi menjelaskan disebabkan produk yang unik dan tidak ada pada produk jenama beliau mendorong untuk memasarkan produk RF3 terutamanya Firmax-3.



“Saya minat dengan produk Firmax-3 disebabkan ia berkesan pada diri saya setelah memakainya. Tidak lama kemudian, cikgu Samsul Bahari yang saya kenali sejak tahun 1997 telah menghubungi saya.



“Dia kata, ‘Di, saya ada produk baru’. Saya tanya apa dia produk tu? Dia jawab, ‘nantilah tengok, kita jumpa dulu’. Apabila kami jumpa dan saya tengok produk tu, saya beritahu dia, ‘aku dah pakai dah produk ni. Kawan dah jual kat aku tiga bulan lepas’.



“Kebetulan pada waktu cikgu Samsul datang jumpa saya itu, produk Firmax-3 tu sudah kehabisan dipakai. Disebabkan produk itu bagus dan berkesan, maka saya memulakan langkah menjual Firmax-3 dengan tunjuk ajar daripada Cikgu Samsul,” ujar beliau mengimbas kembali penglibatan awal bersama RF3.



Kak Rodi menjelaskan, produk RF3 menjadi nilai tambah kepada produk jenamanya serta selaras dengan kemahiran yang dimiliki terutamanya dalam bidang urutan tradisional yang diwarisi daripada arwah nenek.



“Apabila saya memberi perkhidmatan mengurut, saya gunakan produk Firmax-3 sebagaimassage terapi hormon. Jadi tidak perlu memakai minyak urut lagi. Kerja saya menjadi lebih mudah berbanding menggunakan minyak urut. Biasanya saya mengurut mengambil masa dalam satu jam. Guna Firmax-3 dalam masa 20 minit sudah memadai.



“Selain urutan badan, Firmax-3 boleh digunakan untuk urutan menaikkan punggung, menegangkan payu dara dan urutan untuk menyelesaikan masalah perut buncit. Tetapi cara menggunakan Firmax-3 kena betul supaya ia betul-betul berkesan.



“Sungguhpun salun kecantikan saya sendiri ada menyediakan rawatan resdung, namun jika resdung seseorang itu teruk, saya sarankan pelanggan menggunakan Firmax-3 untuk melegakan masalah resdung,” jelas beliau .


PENGEDAR FIRMAX 3 MALAYSIA:

012-3969017
012-3969017
012-3969017