INFO SYARIKAT RF3

SYARIKAT RF3




RF3 World merupakan sebuah syarikat e-dagang baru yang sedang berkembang maju produk yang berkualiti untuk kecantikan derta menyediakan platform perniagaan bagi semua golongan. Syarikat yang baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2013 mendapat sambutan ramai kerana menyediakan produk-produk yang berkualiti tinggi serta konsep perniagaan yang mudah dan member keuntungan yang lumayan serta terdiri daripada pasukan pengurusan yang berpengalaman dari pelbagai bidang.


Produk yang disediakan oleh RF3 World iaitu FirMax 3 dan SoulMax 3 dengan moto produk “Let Your Beauty Shine Inside Out” telah memberi impak yang besar kepada pengguna dengan kesan yang menakjubkan. Produk-produk RF3 World merangkumi kecantikan luaran dan dalaman yang mana sangat berkesan dalam tempoh masa yang singkat. FirMax 3 adalah produk krim yang menerajui dan pertama di Malaysia menggunakan kaedah terapi dari bahan tumbuhan semulajadi dari pelbagai negara dan diproses menggunakan teknologi Nano untuk menengangkan kulit.


SoulMax3 pula adalah produk minuman menggunakan 7 teknologi dari 6 nagara yang bertujuan memperbaiki sel-sel yang mati dan bertindak menjadi antioksidan yang terbaik. Gabungan produk luaran dan dalaman ini menghasilkan kesan yang sangat positif pada kecantikan kulit, kesegaran tubuh badan, minda dan yang paling utama untuk kehidupan yang sihat.


Disamping produk yang hebat, RF3 World juga berkongsi menyediakan peluang perniagaan kepada semua golongan untuk menjadi usahawan bagi meningkatkan taraf hidup. Peluang perniagaan ini sangat mudah dan hanya memerlukan modal yang kecil dan menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda. Setelah 2 bulan memasuki pasaran, RF3 World telah berjaya melebarkan sayap perniagaan keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. RF3 World juga bakal memasuki pasaran Indonesia dalam masa terdekat serta negara-negara Asean yang lain. Hasil gabungan produk yang hebat serta pengurusan yang cekap, pasaran RF3 World telah berkembang pesat dalam masa yang singkat.


Untuk melahirkan usahawan yang berkualiti, pihak RF3 World telah menubuhkan RF3 Akademi yang dipimpin oleh Tuan Jamal Haji No yang berpengalaman luas sebagai mentor yang memberi motivasi serta input untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, berpengetahun dan berkualiti. Kursus yang disediakan sangat berguna bagi mereka yang ingin menimba ilmu serta meningkatkan jati diri sebagai usahawan yang berjaya dan jutawan terbilang.


Kejayaan Tanpa Batasan.


Maju Bersama dan Semoga Kita Bertemu Di Puncak Kejayaan.




Misi & Visi



Misi


Kearah menyediakan platform kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan online ataupun offline yang menberikan keuntungan lumayan dengan modal yang minimum walaupun tiada premis perniagaan yang tetap,kemahiran serta pengurusan yang tinggi dan boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana sahaja.



Visi


Mencungkil dan memaksimumkan potensi diri dalam menciptakan satu masyarakat perniagaan yang majoritinya berdaya saing, maju dan cemerlang.Dengan ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan,sehingga terciptalah satu masyarakat yang yang hebat, sihat dan sejahtera.




FALSAFAH KAMI


Dengan menjadikan motto ‘ Kejayaan Tanpa Batasan ’ kami berhasrat agar semua orang berjaya dengan cemerlang




Utusan Pengarah











Ketua Pegawai Eksekutif – Nazeri Omar


Anak kelahiran peneroka Felda Bukit Puchong, Triang, Pahang ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pemasaran dan pengurusan perniagaan.


Di samping pernah menjadi jutawan dalam perniagaan jualan langsung berbilang tingkat, beliau juga pernah melibatkan diri dalam perniagaan berasaskan import eksport, pembinaan, perkhidmatan kewangan serta trading.


Atas pengalamannya serta kepakarannya dalam bidang pemasaran, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pemasaran sebuah syarikat jualan langsung Bumiputera. Keinginan untuk membantu rakan-rakan maju dalam perniagaan membuatkan beliau bersama rakan-rakan beralih arah dengan menubuhkan Revorfirm Resources dan RF3 World Sdn Bhd.

Kata-kata aluan CEO



Assalammualaikum W.B.T

Selamat datang ke dunia RF3 World. Atas gabungan tenaga dan pengalaman pihak pengurusan yang terbaik dari pelbagai bidang terutamanya dalam dunia networking maka lahirlah RF3 World yang menjadi tunjang kejayaan syarikat.


RF3 World telah berjaya menguasai pasaran di dalam negara dan akan mengorak langkah dengan melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa dalam masa terdekat.


Peluang perniagaan yang disediakan oleh RF3 World untuk pemimpin dan usahawan meningkatkan kualiti hidup dan mencapai transformasi diri dan perubahan dalam revolusi minda. Ia juga bertujuan merealisasikan impian anda untuk menjadi pemimpin yang terhebat di dalam dunia networking.


Selain menyediakan produk yang berkualiti serta platform perniagaan yang mudah, RF3 World juga mewujudkan RF3 World Akademi di bawah pimpinan Tuan Jamal Haji No bagi melahirkan “Millionaire In The Making” iaitu pemimpin yang berkualiti, berpengetahuan, bertauliah dan disegani ramai. Ia juga bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan, penuh keazaman, mempunyai nilai kasih sayang yang kukuh dalam membina sasiah diri dengan moto “Born A Champion.”


Dalam erti kata sebenar tiada kejayaan dan kekayaan tanpa keberanian dan pengorbanan. Tiada yang mustahil untuk berjaya menjadi jutawan di RF3 World. Yang paling penting dalam perjuangan perlu menang.


Akhir kata dari saya, bersamalah kita mengubah kehidupan dengan menjadi usahawan dan jutawan yang terbilang di dalam RF3 World.


KEJAYAAN DAN KEKAYAAN HAK MILIK SETIAP INSAN



Pengurusan RF3 World






Berdiri dari kiri:





Dr Hasrizan Hassan
Pengarah Pembangunan
Produk & Penyelidikan

Pengetahuannya serta pengalaman yang luas dalam perubatan alternatif memberi kelebihan kepada beliau untuk menggalas tugas sebagai orang yang terlibat sama dalam pembangunan serta penyelidikan produk.



Ilmu serta kepakaran yang beliau miliki selama ini telah banyak membantu syarikat dari segi pembangunan produk di samping menjalankan penyelidikan untuk penambahbaikan dan juga pembangunan produk masa hadapan.





Mohd Nizam Abdul Manap
Pengarah Operasi


Latar belakang serta kepakaran dalam bidang perundangan menjadikan beliau antara tulang belakang yang terpenting dalam operasi syarikat RF3 World.


Beliau juga turut diberi kepercayaan serta tanggungjawab di Bahagian Kewangan syarikat di samping hal-hal yang berkaitan perundangan.


Menariknya, beliau juga turut mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran berbilang tingkat yang memberi kelebihan kepada diri beliau bekerjasama dalam menguruskan operasi syarikat RF3 World bersama pengarah-pengarah yang lain.








Nazeri Omar
Ketua Pegawai Eksekutif



Anak kelahiran peneroka Felda Bukit Puchong, Triang, Pahang ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pemasaran dan pengurusan perniagaan.


Di samping pernah menjadi jutawan dalam perniagaan jualan langsung berbilang tingkat, beliau juga pernah melibatkan diri dalam perniagaan berasaskan import eksport, pembinaan, perkhidmatan kewangan serta trading.


Atas pengalamannya serta kepakarannya dalam bidang pemasaran, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pemasaran sebuah syarikat jualan langsung Bumiputera.


Keinginan untuk membantu rakan-rakan maju dalam perniagaan membuatkan beliau bersama rakan-rakan beralih arah dengan menubuhkan Revorfirm Resources dan RF3 World Sdn Bhd




Megat Norazhar
Pengarah Pemasaran



Bekas pegawai penguatkuasa di sebuah Majlis Perbandaran ini turut mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang pemasaran berbilang tingkat.


Beliau pernah mengecapi kejayaan dalam perniagaan berasaskan pemasaran berbilang tingkat dan memiliki jaringan perniagaan di seluruh Malaysia.


Perniagaan yang diceburi sebelum ini telah mengubah sikap serta pemikiran beliau dari pekerja biasa-biasa di sektor kerajaan bertukar menjadi insan yang luar biasa.

No comments:

Post a Comment